Coretan Pemikiran

Nikmat yang paling berharga selepas Iman dan Islam, ialah sahabat yang soleh. -Umar alKhattab-

Isu 12: Bangun dari Tidur untuk Solat

Bismillah.

Kuis jari kaki. Bangun sekejap. Baring balik.

Gerak bahu. Bangun sekejap. Baring balik.

Goyang badan. Bangun lama sikit. Baring balik.

Renjis air. Bangun lama-lama. Baring balik.

Simbah air. Bangun terus, memang lama. Dah kering, baring balik.

Baca Yaasiin ramai-ramai depan dia masa dia baring tidur. Terkezut (terkejut) bangun, lama juga kesannya. Dah lama lepas itu, kesannya pudar sikit, dia baring balik.

Allah bagi mimpi dirinya sudah mati, dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dikuburkan, dan ditinggalkan untuk disoal malaikat. Menggigil bangun, paling lama kesan untuk dia bingkas bangun. Namun setelah beberapa lama (bertahun mungkin), dia kembali baring balik.

Nota:

Bangun = Dia mudah bangun selepas itu untuk beberapa siri tidur dan bangun, bukan satu-satu masa itu sahaja kesemua cara di atas dibuat keatasnya untuk dibangunkan sekali itu saja.

Baring balik = Dia kembali liat untuk bangun dari tidur.

PS:

1. Tidur itu sebahagian dari mati. Tidur lama-lama, adakah kita rindu nak mati? Dah bersedia menghadapi mati ke sampai nak awalkan saat itu?

2. Kesan nasihat kepada insan (pelupa) akan sentiasa pudar. Itulah kepentingan amar makruf nahi munkar (nasihat dan teguran), untuk mengembalikan ingatan dan kesedarannya pada yang benar. Pentingnya sahabat yang baik untuk saling nasihat-menasihati kearah kebenaran dan kesabaran.

3. Segala urusan adalah mudah bagi Allah. Dia boleh beri peringatan kepada hambaNya dalam apa jua keadaan dan bentuk, tak kira masa dan tempat.

Wallahu a'lam.

Isu 11: Bila nak gerak?

Bismillah.

"Ok. Esok aku nak buat begini:
1. Kemas bilik,
2. Basuh pakaian,
3. Susun kasut,
4. Baca nota COM 366,
5. Main futsal.
Semangat. Kita kena semangat buat kerja! Nak jadi baik! Yeah!"

Esoknya, kelihatan masih terbaring atas katil, tapi mulut terkumat kamit ulang misi hari tersebut.

"Aku dah rancang baik punya, tapi rasa malas jiddan!"

Bro, dah mula gerak ke belum?

PS: Bunyinya mudah, memulakan pergerakan pertama itulah yang paling berat tapi paling utama dalam membangkitkan kerajinan.

'Just Do It' - Nike

Wallahu a'lam.

Isu 10: Pepatah

Bismillah.

"Aku bercakap bila perlu sahaja."
(Hamzah Fadhil, 2010)

Senang sangat ke nak buat tu??

...atau soalan yang sepatutnya ialah...

Susah sangat ke nak buat tu??

Kesimpulan awal yang berunsurkan fakta:
Pengakhirannya pasti menemui kesenangan.
Selagi belum mencuba kesemua jalan untuk melakukannya, memang takkan tahu ada jalan untuk menjadikannya senang.

Wallahu a'lam.

Isu 09: Lain mata, lain kepala, satu destinasi

Bismillah.

Pakaian beruniform.

Bagi yang faham,
Mengapa perlu dibezakan peringkat sekolah dengan universiti, sedangkan keperluannya dan tujuannya sama?
Mengapa perlu diturun-tarafkan pabila meningkat dewasa, sedangkan tika itulah kita perlu dijaga dengan lebih baik?

Bagi yang kurang/belum faham,
Bukanlah kita wajib buat sesuatu kerana itu disuruh ketua, itu ditradisikan zaman dulu, tapi kita wajib buat sesuatu kerana itu disuruh Allah dan Rasul, disampaikan melalui ketua mengikut keadaan semasa.

Mari kita naiktarafkan diri kita dan badan beruniform kearas yang jauh lebih tinggi, zahiri dan hakiki.

Wallahu a'lam.

Isu 08: Semuanya Untuk Enta. Lihatlah!

Bismillah.

Bangun pagi. Mengorak langkah lesu menuju bilik air membersihkan diri.

Solat Subuh.

Dipandang ke katil, kawan masih lena dibuai keenakan tidur. Berfikir sejenak...
lalu ana bangun menyiapkan diri ke kelas. Dia?

Sesi kelas selesai, kerja dan tugasan selesai, tinggal mahu memakai kasut dan bergerak pulang makan.

Bangkit dari kerusi.

Dipandang ke meja sebelah, kawan masih terkontang-kanting menyiapkan tugasan. Berfikir sejenak...
lalu ana bangun menuju pintu keluar untuk makan tengahari. Dia?

Penat berjalan, kini sudah tiba ke bilik. Duduk atas lantai bersimpuh menghadap jemput-jemput yang baru dibeli daripada pasar tadi.

Baca Bismillah.

Dipandang ke meja belajar, kawan sedang kekosongan sambil bermain 'tab 7.0'nya. Berfikir sejenak...
lalu ana terus menyuapkan makanan ke dalam mulut ana. Sedapnya. Dia?

Mementingkan diri.
Memikirkan waktu solat sendiri dan waktu ke kelas sendiri. Memikirkan kerja sendiri yang sudah siap. Memikirkan perut sendiri yang lapar.

Ya, mementingkan diri itu membawa kemurkaan Allah jika tidak dibetulkan.

Tapi, tahukah antum, ada cara nak mementingkan diri sendiri dan dalam masa yang sama, mendapat KEREDHAAN Allah, bukan kemurkaanNya?
Nak tahu? Kita ulang tayang, dan lihat perbezaannya.


Bangun pagi. Mengorak langkah lesu menuju bilik air membersihkan diri.

Solat Subuh.

Dipandang ke katil, kawan masih lena dibuai keenakan tidur. Berfikir sejenak...
lalu ana kejut kawan ana itu hingga dia pun menunaikan solat Subuh jua.

Sesi kelas selesai, kerja dan tugasan selesai, tinggal mahu memakai kasut dan bergerak pulang makan.

Bangkit dari kerusi.

Dipandang ke meja sebelah, kawan masih terkontang-kanting menyiapkan tugasan. Berfikir sejenak...
lalu ana bimbing kawan ana itu hingga kami dapat keluar dan makan tengahari bersama dengan kerja siap diselesaikan.

Penat berjalan, kini sudah tiba ke bilik. Duduk atas lantai bersimpuh menghadap jemput-jemput yang baru dibeli daripada pasar tadi.

Baca Bismillah.

Dipandang ke meja belajar, kawan sedang kekosongan sambil bermain 'tab 7.0'nya. Berfikir sejenak...
lalu ana pergi kepada kawan ana itu, minta dia baca Bismillah, dan ana suapkan jemput-jemput ke dalam mulutnya. Sedapnya.

Setiap amalan ana, ana tak buat untuk orang lain. Untuk diri ana sendiri. Melakukan suruhan Allah, menjauhi larangan Allah, semuanya untuk ana sendiri.
Bukankah itu seakan-akan mementingkan diri?

Sebarkan kebaikan, kerana hasil daripada kebaikan itu untuk diri kita sendiri sebenarnya.

Wallahu a'lam.