Bismillah.
Kuis jari kaki. Bangun sekejap. Baring balik.
Gerak bahu. Bangun sekejap. Baring balik.
Goyang badan. Bangun lama sikit. Baring balik.
Renjis air. Bangun lama-lama. Baring balik.
Simbah air. Bangun terus, memang lama. Dah kering, baring balik.
Baca Yaasiin ramai-ramai depan dia masa dia baring tidur. Terkezut (terkejut) bangun, lama juga kesannya. Dah lama lepas itu, kesannya pudar sikit, dia baring balik.
Allah bagi mimpi dirinya sudah mati, dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dikuburkan, dan ditinggalkan untuk disoal malaikat. Menggigil bangun, paling lama kesan untuk dia bingkas bangun. Namun setelah beberapa lama (bertahun mungkin), dia kembali baring balik.
Nota:
Bangun = Dia mudah bangun selepas itu untuk beberapa siri tidur dan bangun, bukan satu-satu masa itu sahaja kesemua cara di atas dibuat keatasnya untuk dibangunkan sekali itu saja.
Baring balik = Dia kembali liat untuk bangun dari tidur.
PS:
1. Tidur itu sebahagian dari mati. Tidur lama-lama, adakah kita rindu nak mati? Dah bersedia menghadapi mati ke sampai nak awalkan saat itu?
2. Kesan nasihat kepada insan (pelupa) akan sentiasa pudar. Itulah kepentingan amar makruf nahi munkar (nasihat dan teguran), untuk mengembalikan ingatan dan kesedarannya pada yang benar. Pentingnya sahabat yang baik untuk saling nasihat-menasihati kearah kebenaran dan kesabaran.
3. Segala urusan adalah mudah bagi Allah. Dia boleh beri peringatan kepada hambaNya dalam apa jua keadaan dan bentuk, tak kira masa dan tempat.
Wallahu a'lam.